Carian

Rujukan Murid-murid

Rujukan Murid-murid
Eclipse of the Sun

Friday, November 23, 2012

Sukaneka PIBG SK Klua 2012 meriah!

Oleh: Norijah Bt. Sabani
Penyelaras Program

Sukaneka PIBG SK Klua 2012 telah diadakan dengan begitu meriah. Seperti biasa acara sukaneka ini telah diadakan di padang sekolah. Suasana pada pagi itu begitu baik dari awal sehingga tamat acara.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SK Klua, Encik Mohd Tawfik B. Abg Bujang dan diikuti dengan ucapan perasmian daripada Yang DiPertua PIBG, Encik Chendang Ak. Pana.

Acara pertama merupakan acara pemanas badan, iaitu Tarian Poco-poco beramai-ramai oleh murid-murid, guru-guru dan ibu bapa serta penduduk rumah panjang yang hadir.

Seterusnya, acara sukaneka yang sebenar dilangsungkan. Pada tahun ini 3 buah rumah sukan bertanding iaitu, Rumah Merah, Rumah Hijau dan Rumah Kuning. Sepanjang berlangsungnya acara sukaneka, murid-murid telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Akhirnya, kedudukan juara keseluruhan Sukaneka PIBG SK Klua 2012 jatuh kepada Rumah Hijau. Tempat kedua pula disandang oleh Rumah Merah manakala Rumah Kuning berada dikedudukan ketiga.

Semoga bersua lagi pada tahun 2013. Majulah sukan untuk negara!














Tuesday, March 13, 2012

Konsep KSSR oleh KPM - Bhg 1

Bagi guru-guru yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan dengan konsep dan pelaksanaan KSSR Tahap 1 bolehlah menggunakan rujukan di bawah. Dokumen ini adalah sama seperti yang telah diedarkan kepada setiap sekolah melalui kursus KSSR Tahun 1 pada 2010.

Friday, March 9, 2012

Selamat Maju Jaya Buat Dua Orang Guru Pelatih

Kehadiran selama seminggu dua orang guru pelatih dari IPG Tun Abdul Razak amat bermakna buat semua warga SK Klua. Kedua-dua mereka iaitu Akim dan Zakaria berada di SK Klua bagi menyempurnakan program R.O.S mereka. Biarpun amat singkat, namun kehadiran mereka amat disenangi oleh semua terutamanya bagi murid-murid. Semoga berjaya diucapkan kepada kedua-duanya.


Guru Besar menyerahkan cenderahati kepada Akim sebagai tanda kenangan

Hj. Adruce Berpindah ke St. Paul, Roban

Bermula 19 Mac 2012 akan datang, Hj. Adruce Bin Mulkam akan memulakan tugasnya di sekolah St. Paul, Roban. Beliau telah berkhidmat di SK Klua hampir 15 tahun! Pihak sekolah, murid-murid dan seluruh masyarakat Klua amat menghargai jasa beliau selama ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau.


Jasamu Dikenang

Saturday, March 3, 2012

Panduan Pengurusan Fail KSSR

Bagi guru-guru yang ingin mendapatkan maklumat ringkas tentang aspek pengurusan fail-fail KSSR yang betul, sila dapatkan maklumat di bawah.