Carian

Rujukan Murid-murid

Rujukan Murid-murid
Eclipse of the Sun

Posts Dahulu

Kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2011 minggu depan. Sila dapatkan set soalan Science 2008 di alamat di bawah:

Science UPSR 2008

Selamat mencuba dan semoga berjaya!



Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010

15 November 2010, Isnin:- Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 telah berlangsung di Pusat Sumber SK Klua dengan jayanya. Majlis ini merupakan salah satu program tahunan SK Klua bagi memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan pencapaian yang baik sepanjang tahun.

Pada tahun ini, ramai murid telah berjaya menerima beberapa anugerah baik dalam aspek akademik, kokurikulum mahupun aspek sahsiah diri mereka.
Persiapan majlis telah dibuat 2 minggu lebih awal yang melibatkan semua guru, murid-murid dan pekerja-pekerja swasta sekolah. Persediaan untuk persembahan murid semasa majlis telah diadakan 3 minggu lebih awal.

Guru Besar, En. Abg. Mohd. Tawfik B. Abg. Bujang berpuas hati dengan persiapan dan kelancaran majlis dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua warga sekolah yang telah bertungkus-lumus menjayakannya. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang telah hadir pada majlis tersebut.

DSC00059 
DSC00066 
Pentas utama – ringkas tetapi tetap menarik
Barisan AJK PIBG SK Klua, murid-murid dan ibu bapa yang hadir
DSC00083 
DSC00100 
Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar, En. Abg. Mohd. Tawfik B. Abg. Bujang
Ucapan daripada wakil murid, adik Herman Jelanie B. Iezara
DSC00103 
DSC00117 
Ucapan perasmian daripada YDP PIBG SK Klua 2010
[1]
DSC00131 
DSC00154 
[2]
[3]
DSC00170 
DSC00184 
[4]
[5]
DSC00190 
DSC00203 
[6]
[7]

****************************************************************************************
Program Kem Membaca 1 Malaysia 2010 


08 – 12 November 2010:- Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah berlangsung dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perlaksanaan kem ini. Kem ini melibatkan semua murid Tahap 1 dan Tahap 2 serta kerjasama daripada semua guru.
Impak program:
  1. Memupuk minat membaca dalam kalangan murid sekolah.
  2. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid terutama sekali yang melibatkan aktiviti berkumpulan.
  3. Memupuk budaya membaca dalam kalangan murid.
  4. Melahirkan perasaan sayang akan sekolah dalam kalangan murid.
DSC00614 
DSC00606 
[1] - Guru Besar menyampaikan ucapan perasmian program Kem Membaca 1 Malaysia 2010 – Semangat beliau banyak memotivasikan murid.
[2] - Pn. Mariam semasa mengendalikan slot beliau bersama murid-murid Tahap 1
DSC00607 
DSC00608 
[3] - Antara aktiviti murid-murid Tahap 2 semasa program dijalankan.
[4] - Slot Kuiz Ejaan Tahap 1 dan Tahap 2
DSC00620 
DSC00620 
[5]
[6]
DSC00625 
DSC00628 
[7]
[8]
DSC00631 
DSC00630 
[9]
[10]
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Terima kasih.


*******************************************************************************

28 Oktober 2010, Khamis:- Sukaneka PIBG SK Klua 2010 telah berlangsung dengan jayanya. Sukaneka ini disertai oleh guru-guru, ibu bapa dan murid-murid.

            Murid-murid telah dibahagikan kepada 3 pasukan, iaitu MerahBiru dan Hijau. Ketiga-tiga pasukan telah bersaing dengan hebat dan bertenaga. Akhirnya, pasukan Hijau telah muncul sebagai johan. Tempat kedua pula disandang oleh pasukan Merah. Tempat ketiga pula jatuh kepada pasukan Biru.

            Para ibu bapa pula bertanding dalam acara lontar peluru dan menarik anak menggunakan guni. Sambutan daripada ibu dan bapa amat menggalakkan.

            Diharapkan sukaneka seperti ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang. SK KLUA AKTIF DAN CERGAS!!


Tiga pasukan yang bertanding. Bersemangat waja!!


Penyelaras Program Sukaneka SK Klua 2010


Ucapan perasmian daripada Yang Dipertua PIBG SK Klua, Encik Chendang


Acara Meniup Belon - Takut meletup ke!


Acara mencari gula-gula di dalam tepung - comotnye!


Acara Memancing Botol - fokus nampak!


Acara mengisi air ke dalam botol - Melatih semangat bekerjasama dalam kalangan murid


Acara lari 60 meter - Aku dulu lah...


Sesi bergambar kenangan yang diadakan di akhir sukaneka (guru-guru, ibu bapa dan murid-murid)

Anda juga boleh lihat video sukaneka di bawah.


Acara Ibu dan Anak: Tarik anak menggunakan guni


Guru-guru dan murid-murid yang bersemangat kesukanan. Oh...ha...!

Sila hubungi Cikgu Adruce & Cikgu Frankie untuk mendapat salinan VCD / Gambar foto yang berkaitan.



*******************************************************************************
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1 Malaysia telah diadakan dengan meriahnya pada 24 Oktober 2010. Lebih-lebih lagi sehari selepas ujian UPSR diadakan.

Meriah dan mengenyangkan!




**************************************************************************************



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

30 Ogos 2010, Isnin - Majlis Sambutan Ambang Merdeka Ke-53 Peringkat Sekolah bagi Sekolah Kebangsaan Klua telah dilangsungkan dengan meriahnya. Pelbagai acara atau aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut. Acara dan aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti:

  • Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik yang disertai oleh beberapa kumpulan murid yang terdiri daripada murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Mereka telah mengadakan latihan selama seminggu.
  • Pertandingan Puisi Kemerdekaan yang terbuka kepada murid-murid Tahap 2 secara individu. Kebanyakan daripada peserta mendeklamasikan sajak dan berpantun.
  • Kuiz Kemerdekaan yang menguji pengetahuan murid-murid terhadap sejarah kemerdekaan Malaya, pembentukan Malaysia, masyarakat Malaysia, budaya, adat resam dan agama rakyat Malaysia serta kemajuan dan kejayaan yang telah dicapai oleh negara sehingga kini.
  • Pertandingan Mewarna 1 Malaysia yang telah menonjolkan bakat dan potensi murid dalam seni visual serta menimbulkan semangat 1 Malaysia dalam kalangan murid.
  • Laungan Merdeka sebagai penutup majlis sambutan bagi menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan murid dan guru-guru.
Secara keseluruhannya, majlis Sambutan Ambang Merdeka Ke-53 bagi tahun 2010 telah diadakan dengan lancar dan meriahnya. Semoga majlis sambutan sebegini akan dapat diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!